PENGURUSAN HARTA PUSAKA

TAHUKAH ANDA?

Harta Pusaka si mati yang tidak dirancang dengan baik bakal menjadi permasalahan dan pertikaian ketika proses pembahagian faraid. Ini kerana tiada dokumen sah seperti Wasiat, Hibah, Perjanjian Harta Sepencarian dan lantikan Pentadbir Harta dilaksanakan semasa hayat pemilik harta.

Kesemua aset si mati akan beku dengan lama sekiranya Waris gagal mencapai kesepakatan. Ini kerana si mati tanpa sengaja meletakkan tanggungjawab pembahagian harta kepada semua ahli warisnya.

Berbeza dengan Harta Pusaka yang dirancang dengan dokumen yang sah, aset beliau akan dibahagikan mengikut terma-terma yang telah beliau tetapkan selagi mana tidak bertentangan dengan hukum faraid serta undang-undang keluarga islam di Malaysia.

Jika anda ada rumah, kereta, motorsikal, akaun bank, simpanan Tabung Haji, gelang cincin emas dan seumpamanya yang menjadi milik anda, semua itu menjadi istilah "Harta Pusaka" setelah anda meninggal dunia dan ia akan dibekukan secara automatis setelah anda meninggal dunia.

Apa maksud harta dibekukan?

Maksudnya: rumah, motorsikal, kereta dan sebagainya atas nama anda tidak boleh diubah pemilik. Akaun bank anda disekat dan tidak boleh ada sebarang transaksi. Bermaksud, waris atau keluarga anda yang ditinggalkan akan mengalami kesulitan.

Kenapa harta dibekukan?

Sebab harta tersebut perlu diagihkan secara betul dan mengikut undang-undang kepada waris yang berhak.

Sampai bila dibekukan?

Semua harta dibekukan sehinggalah berlakunya proses pencairan harta. Dan proses pencairan harta ini memerlukan kos: memerlukan wang tunai. Lagi banyak harta anda ditinggalkan, lagi banyak kos yang perlu ditanggung oleh waris anda yang masih hidup jika mahu harta tersebut diagihkan dengan betul. Jika tidak ada wang tunai untuk proses pencairan harta dan terbiar begitu sahaja: semua harta anda tadi akan kekal dibekukan di Amanah Raya. 

DAN PERKARA WAJIB ANDA TAHU:

Apabila berlaku kematian, semua harta di bawah ini DIBEKUKAN DAN TIDAK BOLEH DIPINDA MILIK:

Proses PENCAIRAN HARTA PERLU DILAKUKAN SEBELUM IA DIUBAH MILIK. Sebab jika berlaku kematian, semua harta di atas bukan hanya menjadi hak milik suami / isteri dan anak-anak sahaja. Ia juga berhak kepada ibu bapa dan saudara mara si mati. 

Ada sang suami berkata: "Saya taknak harta saya diberi kepada saudara mara. Saya nak harta saya diberi kepada isteri dan anak-anak saya saja." Fahamilah, IA TAKKAN BOLEH BERLAKU BEGITU jika tiada sebarang wasiat dan hibah dilakukan semasa sang suami masih hidup: harta tersebut akan dibahagikan kepada yang berhak, iaitu bukan sahaja isteri dan anak. 

JANGAN BIMBANG. KAMI BOLEH BANTU!

ANDA ADA RUMAH? ADA KERETA? ADA EMAS? ADA KEDAI? ADA TABUNG HAJI? ADA AKAUN BANK SIMPANAN?

SEMUANYA AKAN DIBEKUKAN SETELAH ANDA MENINGGAL DUNIA.

SOAL JAWAB BERKAITAN HARTA PUSAKA

Hibah tu apa?

Hibah merupakan sesuatu pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan ketika masih hidup dan pelaksanaan pembahagiannya dilakukan semasa waktu penghibah masih hidup juga. Maksud lain hibah adalah, suatu pemberian kasih sayang yang diberikan sewaktu hidup. Di mana kita berikan harta kita kepada seseorang waktu hidup dan orang yang kita berikan itu masih hidup. Tanpa ada pembayaran yang perlu penerima itu lakukan kerana ianya adalah 100% pemberian kasih sayang. Sebagai contoh kita hibahkan sebuah rumah kepada isteri kita sebagai tanda terima kasih kerana bersama-sama ketika susah dan senang dan juga kerana mengurniakan anak. Harta yang dihibahkan menjadi hak milik isteri setelah kematian suami.

apa MAKSUD FARAID & wasiat?

BUAT HIBAH TAK BUAT FARAID KE?

Hibah dibuat dengan dokumentasi yang kukuh dan ada saksi yang kukuh. Ia dibuat mengikut syarat yang ditetapkan syarak dan mustahil untuk dikalahkan di mahkamah. Jika hibah dibuat untuk sesuatu harta, harta tersebut terkeluar dari senarai harta yang perlu diagihkan atau difaraidkan. 

Hibah satu jalan pemberian harta. Faraid juga satu jalan pemberian harta. Bezanya, hibah boleh diberi kepada sesiapa sahaja dengan syarat pemilik harta masih hidup. Dan faraid dibuat selepas pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang wasiat dan hibah yang sah semasa hidupnya.

Wasiat pula berbeza dengan hibah. Wasiat hanya sah untuk 1/3 harta sahaja. 

APA ITU HARTA DIBEKUKAN?

Semua harta anda tidak boleh dipindah milik apabila anda meninggal dunia. Rumah milik anda tidak boleh dipindah hak milik. Begitu juga kenderaan anda. Sama juga dengan akaun anda tidak boleh dikeluarkan wang. Ini maksud harta dibekukan. Kenapa semua harta dibekukan selepas berlaku kematian? Sebab, harta tersebut akan diagihkan kepada mereka yang berhak menerima harta tersebut. Sebelum harta tersebut diagihkan kepada yang berhak, mahkamah perlu kenal pasti siapa mereka yang berhak sebelum keputusan dibuat. 

Proses ini dinamakan PENCAIRAN HARTA setelah ia dibekukan. Dan proses pencairan harta ini perlukan wang tunai. Perlukan kos. Siapa yang tanggung? Waris anda perlu tanggung.

Contoh:

Anda ada rumah. Rumah anda harga RM1juta semasa waktu anda meninggal dunia. Untuk isteri anda miliki rumah anda, ia perlu membayar kos pencairan harta. Biasanya kos pencairan harta ini akan dicas semurah 2% dari harga semasa harta tersebut. Ada yang cas sehingga 5%. Jika 2% dari RM1juta, bermaksud isteri anda perlu membayar kos RM20,000 tunai untuk urusan tersebut selesai. Ini satu harta, belum termasuk harta yang lain.

Kami ada jalan lebih mudah, lebih terjamin, lebih selamat dan yang penting: lebih murah berbanding kos tersebut. Kami ada solusi yang mana waris atau isteri anda tadi TIDAK PERLU BAYAR WALAU SESEN PUN UNTUK PENCAIRAN HARTA, MALAH KAMI YANG URUSKAN PROSES PENCAIRAN HARTA TERSEBUT TANPA PERLU ISTERI ANDA KE SANA KEMARI UNTUK URUSKAN SEMUA HARTA ANDA.

JAMINAN KAMI: