TAKAFUL / MEDICAL CARD
TIDAK MUSTAHIL ANDA BERADA DALAM SITUASI BEGINI...
Suatu malam, pada pukul 3 pagi, anda terjaga dari tidur dan berasa sangat sakit dan tak selesa. Isteri anda bergegas membawa anda ke hospital. Anda didapati ada serangan jantung dan perlkukan rawatan segera. Jika rawatan di hospitak kerajaan, anda perlu menunggu giliran beberapa minggu/bulan disebabkan masih banyak pesakit dalam senarai.
Anda mengambil keputusan ke hospital swasta kerana risiko untuk menunggu terlalu tinggi yang boleh membawa maut. Apabila anda ke hospital swasta, anda tak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan selagi tidak membayar wang jaminan kos perubatan. Biasanya rawatan jantung memakan belanja sekitar RM50K (mungkin lebih tinggi).
Anda tak dapat berfikir apa-apa sebab dalam kesakitan dan runsing. Isteri anda terpaksa telefon ke sana sini, gadai emas jika ada, pinjam wang dari kenalan dan sebagainya. Tapi, cuba kita fikir secara logik: adakah anda akan dapat pinjam RM50K secepat mungkin? Biar saya jawab: biasanya tidak. Untuk mendapatkan RM50K paling pantas, caranya hanya satu: gadai atau pajak emas. Itu saja solusi yang tak mengharapkan sesiapa.
Kalau takda emas, macam mana? Kalau takda sesiapa yang beri pinjam, macam mana? Biasanya orang yang sangat ingin membantu anda dalam saat sebegini ialah orang yang paling takda wang. Contohnya: mak dan ayah anda.
Kita ambil keberangkalian kedua, isteri anda ada emas dan berjaya pajakkan. Dalam akaun bank anda pun ada wang simpanan. Alhamdulillah cukup RM50K. Dan Alhamdulillah anda dapat menerima rawatan. Dan Alhamdulillah anda keluar dari wad dengan selamat dan pulang.
Fasa seterusnya pula. Apajadi wang RM50K tadi? Mestilah habis. Anda boleh terus bekerja? Biasanya belum boleh. Lagi parah kalau anda berniaga. Tak kerja takda wang. Sekarang wang dah habis, dan pendapatan tiada. Na'uzubillah.
Dan tahukah anda? Kes ini sering berlaku dan sangat kerap berlaku dalam masyarakat kita.
ANDA LEBIH BIJAK! BUAT KEPUTUSAN BIJAK SEKARANG!
JENIS TAKAFUL PILIHAN ANDA
SOALAN LAZIM DITANYA
APA BEZA TAKAFUL DAN INSURAN?
Takaful dan insurans memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan, mengalami kerugian harta benda, ataupun kematian.
Secara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi. Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.
Apakah perbezaannya?
Dari segi asasnya, insurans melibatkan persetujuan antara orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko). Persetujuan ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi, anda perlu membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang berkenaan.
Premium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans. Anda tidak boleh memilih bagaimana pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang tidak mematuhi prinsip syariah, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko tinggi/ketidaktentuan.
Pertolongan Bersama dalam Takaful
Sama seperti insurans, pengendali Takaful akan melaburkan sumbangan anda juga. Walau bagaimanapun, hanya perniagaan patuh syariah sahaja yang berkelayakan. Oleh itu, beban fikiran anda dapat diringankan jika anda ingin memastikan langganan Takaful anda adalah patuh syariah.
Seperti dalam insurans konvensional, Takaful menawarkan pelbagai jenis pelan yang merangkumi perlindungan hayat/Takaful keluarga, perubatan, pendidikan, pelaburan, dan banyak lagi. Berdasarkan kontrak Takaful, perjanjian yang dibuat adalah berlandaskan konsep Ta`awun (kerjasama dan tolong-menolong). Ini bermakna peserta atau pemegang pelan Takaful bukan sahaja dapat melindungi diri mereka sendiri apabila ditimpa musibah, tetapi juga memberi bantuan kepada peserta Takaful lain yang berkelayakan, serta penama mereka.
Setiap kali para peserta membayar sumbangan atau caruman bagi pelan Takaful mereka, sebahagian daripada jumlah sumbangan tersebut akan disalurkan ke Dana Tabarru`. Dana ini akan digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang membuat tuntutan yang perlu dibayar. Sebahagian lagi sumbangan mereka akan ditolak sebagai bayaran Caj Wakalah kepada pengendali Takaful kerana melaksanakan tugas sebagai “Wakil” dalam menguruskan perkhidmatan yang tersedia di bawah pelan.Takaful, anda memerlukannya!
Sebagai rumusan, Takaful mampu menyediakan satu jaringan keselamatan kewangan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Jika anda belum dilindungi, kami mengesyorkan anda melanggan pelan Takaful. Sama ada anda mengalami penyakit kritikal, kehilangan upaya mahupun kematian yang tidak dijangka, Takaful memastikan bahawa anda dan orang tersayang anda menerima pampasan dan perlindungan sewajarnya.
APABILA SAYA SAKIT, BOLEHKAH SAYA AMBIL TAKAFUL?
Jawapannya YA dan juga TIDAK!
TIDAK BOLEH: Jika anda mengidap penyakit dan anda sedar perlunya bantuan kewangan Takaful, baru anda ingin ambil Takaful... anda sudah terlewat. Tak boleh.
YA BOLEH: Tetapi, jika anda mengidap sesuatu penyakit, dan anda ingin mengambil Takaful yang bukan melibatkan penyakit tersebut: ini BOLEH. Tetapi anda perlu lalui beberapa proses sebelum diluluskan.
YA BOLEH: Sangat jarang dibuka tawaran ini di mana sesiapa sahaja yang sedang sakit boleh ambil Takaful. Biasanya tawaran ini dibuka mungkin setahun sekali. Jika ada, jangan fikir banyak: ANDA WAJIB AMBIL!
KALAU SAYA AMBIL TAKAFUL DAN SAYA TAK SAKIT, RUGILAH. BOLEH SAYA AMBIL BALIK WANG TERKUMPUL TU?
Soalan ini agak sangat biasa diajukan.
Kalau anda bayar dan anda tak sakit, rugilah rasanya kan? Baik wang tu anda laburkan di tempat lain untuk jana lebih banyak wang atau baik gunakan untuk melancong dan sebagainya. Betul tu.
Tapi, kalau anda tak ambil Takaful dan anda sakit. Macam mana pula tu?
Dan adakah dengan ambil Takaful menjaminkan anda sakit? Atau dengan tak ambil Takaful akan menjaminkan anda tak sakit? Tentunya tidak. Sebab sakit dan sihat di tangan Allah dan kita tak nampak.
Bagi pandangan saya, kita pandang begini: Insuran kereta tetap kita bayar dan kita taknak kereta kita eksiden, walaupun ada insuran. Betul tak? Ramai antara kita yang berpuluh tahun ada kereta dan bertukar kereta serta bayar insuran setiap tahun, tapi tak pernah sekali pun eksiden. Betul tak? Adakah kita berasa rugi?
Dan, siapa yang nak sakit dalam dunia ni samada ada Takaful ataupun tidak ada Takaful? Adakah orang kaya sangat bersedia untuk sakit dan orang miskin takkan sakit?
Anda orang bijak. Anda boleh menilainya...